Misi Superbook

Superbook mengajar kanak-kanak kebenaran moral dan pengajaran hidup menerusi pengembaraan merentas masa yang berasaskan Alkitab dua orang kanak-kanak dan sahabat robot mereka.

Yang futuristik berinteraksi dengan yang kuno untuk membawa rasa kagum, harapan, pemerkuasaan, dan penerobosan peribadi, sambil melihat persekutuan Allah dengan manusia.

Superbook satu perjalanan yang mengujakan dan penuh dengan penemuan – yang membawa transformasi.

“Superbook sedang menuai tuaian besar bagi kerajaan Allah di seluruh dunia.” – Gordon Robertson

Pengembaraan Kami Setakat Ini

Pelayanan Superbook menyokong keluarga, sekolah, dan gereja di seluruh dunia dengan menunjukkan kasih Allah kepada kanak-kanak dengan cara yang menarik dan senang difahami.

Ini dilakukan menerusi episod Superbook yang pernah dicalonkan Anugerah Emmy, panduan perbincangan keluarga yang menyediakan platform bagi ibu bapa dan anak-anak untuk belajar bersama, laman web Superbook di mana kanak-kanak boleh mengenal Alkitab dengan cara yang seronok lagi selamat, serta app Superbook yang membolehkan Superbook untuk diakses menerusi peranti mudah alih.

Superbook Academy

Superbook Academy adalah kurikulum Sekolah Minggu dari CBN yang dinamik yang direka oleh murid-murid sekolah rendah. Menerusi program Academy, beribu-ribu kanak-kanak diperkenalkan dengan cerita Alkitab di gereja menerusi cara yang senang difahami.

Setiap pelajaran dimulakan dengan klip video yang merangsangkan – tapi itu hanya permulaannya! Kurikulum ini terdiri daripada pengajaran Alkitabiah, ayat hafalan, panduan berdoa, permainan yang seronok, dan seni lukis yang menarik.

Superbook Academy mengajar kanak-kanak dari pelbagai bahasa bagaimana mereka boleh mempraktikkan firman Allah dalam kehidupan seharian mereka.

“Saya Anak Superbook, kerana saya mengasihi Allah dan Firman Nya” – David

Jadilah Rakan Kongsi Superbook!

Bawalah Injil kepada keluarga-keluarga di Malaysia, Asia Tenggara, dan ke seluruh dunia!

Semua ini hanya mungkin menerusi sumbangan Sahabat Superbook.

Anda boleh berkongsi Injil dengan kanak-kanak di seluruh dunia dengan bekerjasama dengan Superbook. Sebagai Penaja Superbook, sokongan anda akan membantu kami membawa Akademi Superbook kepada gereja-gereja di Malaysia untuk melibatkan diri dan menyatukan generasi akan datang! Bersama-sama, kita boleh memulakan beribu-ribu kanak-kanak dalam perjalanan hidup yang berubah dengan Yesus.

Menerusi sumbangan anda, anda akan:

  • Lengkapkan lima musim Superbook— 65 video yang dianimasikan – termasuk episod baru mengenai Yesaya, Hizkia, Zakeus, Nikodemus, dan pemanggilan 12 orang murid Yesus.
  • Menterjemahkan video Superbook kepada bahasa-bahasa lain – demi menunaikan mandat Kristus untuk membawa Injil ke setiap bahasa, suku, dan bangsa.
  • Menghasilkan pelajaran Superbook Academy bagi setiap episod baru dan mengajar kanak-kanak kebenaran Firman Tuhan yang berkekalan.

Ini terpulang kepada kita!
Mari kita membawa Injil kepada kanak-kanak sedunia bersama.