Soalan Lazim

Superbook adalah sebuah siri animasi kartun yang mengajar kanak-kanak kebenaran moral serta pengajaran hidup melalui pengembaraan merentas masa yang berasaskan Alkitab dua orang kanak-kanak iaitu Chris dan Joy, dan sahabat robot mereka Gizmo.

Pada 1981, Christian Broadcasting Network (CBN) telah ciptakan sebuah siri animasi Alkitab kanak-kanak yang menjadi sebahagian daripada jangkauan di Jepun. Siri animasi tersebut menjadi sangat berjaya lalu mengubah namanya menjadi “Superbook.”

Pada 1989, di tengah-tengah kerusuhan ekonomi dan politik, Superbook bermula disiarkan di Soviet Union dengan hasil yang menakjubkan. 

Bermula dari Jepun dan Rusia, Superbook kini disiarkan di seluruh dunia. 52 episod yang ada di terjemahkan kepada 43 bahasa dan disiarkan di 106 buah negara.

Kini, CBN bekerjasama dengan pasukan pelukis dan pencerita yang bukan sahaja terlibat dalam kartun seperti Mulan, The Lion King, dan Beauty and the Beast, malah pernah menang anugerah Emmy, untuk mereka semula siri klasik ini melalui teknologi 3D CGI terkini. Tujuan kami adalah supaya Superbook baru akan menghormati pusaka yang telah ditinggalkan oleh siri klasik serta memperkenalkannya kepada generasi yang baru.

Anda perlu reset password anda dengan ketik link “Lupa password?” di mukasurat daftar masuk atau sini.

Jika anda gagal untuk reset emel anda, sila hubungi kami di  [email protected] 

Online streaming untuk musim pertama Superbook tersedia untuk sesiapa yang mendafter dengan kami melalui emel atau Facebook connect di Singapore, Malaysia, Brunei, atau Indonesia.

Episod ini boleh diakses melalui laman Stream Superbook Episodes.

Anda juga boleh akses episod-episod ini secara percuma melalui App Superbook. Muat turun sekarang di laman app.

Superbook Malaysia Facebook Messenger