10 Tips Mudah Untuk Guru Sekolah Minggu Dalam Menerapkan Nilai Moral dan Kesopanan Anak-Anak Sekolah Minggu.

September 2018

Peranan utama Guru adalah untuk menjadi tenaga pengajar. Namun bukan guru sekolah harian sahaja yang berperanan mengajar mengenai nilai-nilai Moral dalam hidup anak-anak, Guru sekolah minggu juga mempunyai tugas yang sama. Pendedahan dan penerapan nilai-nilai moral dalam sistem pembelajaran sekolah minggu dapat meningkatkan kecerdasan rohani dan menerapkan nilai-nilai tata tertib dalam diri anak-anak kehidupan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang baik.

Melihat Zaman sekarang yang semakin berkembang dengan teknologi canggih, seperti gajet, televisysen, internet, game dan sebagainya menyebabkan anak-anak meluangkan masa yang banyak dengan teknologi dan kurang mendapat pendedahan nilai-nilai moral. Namun tidak semua perkara ini terjadi, ada di kalangan kanak-kanak mendapat didikan yang tegas dari ibubapa mereka.

Malahan berhadapan dengan kanak-kanak sekolah minggu yang superaktif sangat memeningkan kepala, Seakan mereka tidak mendapat pendedahan yang baik dari sekolah harian atau dari keluarga mereka. Mungkin ada juga di antara guru-guru sekolah minggu yang sudah tawar hati untuk mengajar sekolah minggu disebabkan perangai dan tingkah laku anak-anak yang superaktif.

Daripada kita mengeluh melihat tingkah laku mereka, mari kita mulai melatih mereka agar mereka mula menerapkan kembali nilai tata tertib yang baik dalam kehidupan seharian.

Caranya seperti berikut;

  1. Ajar kanak-kanak menyapa dan memberi salam, dengan perkataan yang mudah seperti Hello, Hai,
  2. Ajari kanak-kanak menyatakan Tolong, ketika meminta bantuan dari orang lain,
  3. Ucapkan Terima Kasih, ketika menerima sesuatu,
  4. Meminta Maaf ketika berbuat salah,
  5. Sentiasa bertentang mata dengan mereka ketika berkomunikasi kerana mereka  sukakan perhatian,
  6. Tidak mencelah perbualan orang lain. Berikan waktu kepada kanak-kanak yang lain untuk menyatakan pendapat, soalan atau jawapan,
  7. Ajar mereka berkongsi dan bersabar menunggu giliran, serta mengangkat tangan sekiranya bertanya soalan,
  8. Sentiasa menjaga etika dan menghormati  orang yang lebih tua,
  9. Menepati janji dan tepat waktu, dan
  10. Ajari Mereka meminta keizinan sebelum menggunakan barang orang lain atau keluar dari kelas.

 

Terjemahan khusus dari:

http://www.superbookindonesia.com/article/index/category/Sunday+School/category_id/2

Terjemahan oleh: Superbook Malaysia