Advent adalah “satu musim penantian yang berlangsung selama 4 minggu untuk mengingati orang-orang Kristian yang menantikan kedatangan Yesus Kristus dengan penuh harapan untuk. Advent diraikan oleh umat Kristian di seluruh dunia sebelum tibanya hari Krismas iaitu kelahiran Yesus Kristus. Nama Advent diambil daripada bahasa Latin iaitu ‘Adventus’ yang bermaksud kedatangan, dan ia mula disambut sejak abad keempat. Musim ini adalah musim yang terbaik untuk merenungkan kebaikan Tuhan dan mengajar anak-anak kita tentang kelahiran dara, kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus. Diharapkan musim ini akan menarik hati kita untuk merenungkan karya agung Tuhan, dan bersedia untuk menyambut ke arah tahun pengharapan yang baru.
Tahun ini kita akan mula menyambut musim penantian pada 2 Disember 2018 sehingga malam sebelum Krismas, 24 Disember 2018.