Tonton Episod Superbook: Ratu Berhati Mulia

Esther+verse_BM

Episod hari ini diambil dari buku Ester 1-10 dalam Alkitab

Super Kebenaran

“Tuhan mencipta saya untuk rencanaNya”

Super Ayat

Hafalkan ini bersama dengan keluarga anda minggu ini!

“Kepada Allah Yang Maha Tinggi aku berseru, Dia Allah yang memenuhi segala keperluanku.”

Mazmur 57:3 (BM)

AKTIVITI: BERMAIN DENGAN TUJUAN

Penyediaan:

Papan tulis putih dan marker

Sebiji bola kecil – bola getah

Tulis perkara dibawah di atas papan tulis putih

  • Lambung
  • Gulung
  • Lantun
  • Laungkan Super Kebenaran

Cara bermain:

Hari ini kita akan menerokai cerita-cerita di dalam Superbook dengan bermain sebuah permainan dengan watak-watak yang berbeza. Berdasarkan cerita kita pada hari ini, Tuhan telah meletakkan Ester di tempat yang sesuai dan pada masa yang sesuai untuk melakukan perkara yang Tuhan telah panggil dia untuk lakukan. Dalam permainan kita, kanak-kanak akan bermain empat posisi yang berbeza dan setiap posisi mempunyai tujuan atau tugasnya tersendiri. Oleh itu, kamu mesti melakukan tugasan yang betul dengan berhati-hati, pada masa yang sesuai, di tempat yang sesuai dan dengan secepat mungkin. Ibu bapa boleh turut bermain jika perlu, untuk melengkapkan ahli kumpulan.

Arahkan kanak-kanak untuk berdiri dalam barisan- lihat ilustrasi, dengan jarak 6-8 meter di antara setiap kanak-kanak. Berikan sebiji bola kepada pemain pertama dan gunakan papan tulis untuk menjelaskan kepada setiap kanak-kanak tugas untuk setiap posisi.

  • Pemain pertama melambung bola ke arah pemain kedua
  • Pemain kedua menangkap bola tersebut lalu mengulungkan bola ke arah pemain ketiga
  • Pemain ketiga menangkap bola dan seterusnya melantunkan bola ke arah pemain keempat.
  • Pemain keempat menangkap bola dan melaungkan Super Kebenaran

Semua orang akan menukar posisi secara bergilir di mana pemain keempat akan membawa bola dan berdiri di posisi pemain pertama tadi. Mainkan permainan sehingga setiap kanak-kanak telah berada di setiap posisi.

Katakan:

Adakah ia sukar untuk mengingati tugas untuk setiap posisi? Tuhan mencipta kita untuk suatu tujuan dan Dia ingin mengguna kita di tempat yang sesuai dan pada masa yang sesuai! Mari kita belajar tentang tujuan kita sekarang!

EstherInvitesKing_Cutout

Perbincangan:

  1. Adakah kita patut tidak menyukai mereka yang berkelakuan atau mempunyai paras rupa yang berlainan dengan kita? (Baca 1 Samuel 16:7)
  2. Apa yang berlaku apabila orang berdoa? (Baca Matius 21:22)
  3. Satu orang dapat melakukan suatu perubahan yang besar! Apa yang berlaku apabila Joy memberitahu kelabnya bahawa dia inginkan pelajar perempuan yang baru menyertai kelab mereka? Daripada rasa takut akan orang, apa yang kita harus lakukan? (Baca Amsal 29:25)
  4. Adakah Tuhan telah meletakkan kamu di suatu tempat di mana kamu menolong seseorang untuk melakukan perkara yang benar? (Baca Filipi 4:13)

Doa:Tuhan, Engkaulah Raja di atas segala raja dan Tuhan di atas segala tuhan dan rencanaMu adalah sentiasa yang terbaik. Bantu saya untuk mengikuti jalan yang indah, yang Engkau telah sediakan untuk hidup saya. Dalam nama Yesus, Amen.

Superbook Malaysia Facebook Messenger