Apa yang dapat memisahkan persahabatan anda dengan Yesus? Yudas sanggup menjual hidup rakannya hanya kerana wang. Bagaimana dengan kamu? Luangkan masa 1 minit untuk berfikir sambil melihat sekeliling. Contohnya, penggunaan telefon pintar. Telefon pintar masa kini telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita, malah secara tidak sedar kita seringkali menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk bermain telefon pintar.
Tahukah anda bahawa tabiat ini boleh memisahkan persahabatan kita dengan Tuhan? Tuhan rindu kita meluangkan masa denganNya tetapi kita seringkali gagal, bahkan kita cenderung menyibukkan diri dengan hal-hal dunia. Dalam bulan yang suci ini, binalah hubungan dengan Yesus. Kerana di musim Easter adalah waktu yang terbaik untuk mengenal kasih Allah.