Matius 27:27-37, 50-54
Pengorbanan-Nya yang terbesar ialah Yesus rela mati di atas kayu salib. Yesus tahu bahawa kita semua telah terpisah dengan Tuhan kerana dosa-dosa kita. Tetapi Tuhan sangat menyayangi kita dan Dia mahu kita mengenal Dia lebih dalam lagi. Oleh yang demikian, Dia meminta anak-Nya yang tunggal, Yesus untuk membayar dosa kita dengan mati di atas kayu salib untuk kita semua.