Sertai Pengembaraan! Jadi seorang Sahabat Superbook

Anda boleh menyebarkan Injil kepada kanak-kanak seluruh dunia dengan menjadi Sahabat Superbook. Sebagai Sahabat Superbook, anda boleh menerima episod terbaru Superbook secara online.

Bersama-sama kita boleh membolehkan beribu-ribu kanak-kanak memulakan satu perjalanan hidup yang diubah oleh Yesus.

Bawakan Berita Baik kepada keluarga-keluarga di dunia ini.

Menerusi sumbangan anda, anda mampu:

  • Melengkapkan lima musim Superbook yang mempunyai 65 buah episod.
  • Terjemahkan episod Superbook kepada banyak lagi bahasa demi menunaikan mandat Kristus untuk membawa Injil kepada setiap bahasa, suku, dan bangsa.
  • Menghasilkan pelajaran Superbook Academy bagi setiap episod baru dan mengajar kanak-kanak kebenaran Firman Tuhan yang berkekalan.
Viewers
1211799

Orang diselamatkan**

Salvations-600x464
187000000

Penonton**

Ubah dunia anak anda

Iman adalah kunci masa depan anak anda. Superbook Partnership menyediakan mesej yang beralkitabiah dan senang difahami, yang memperkenalkan kanak-kanak kepada rencana Allah dah tujuan Nya untuk kehidupan mereka.

Pengajaran eksklusif dan bahan pedoman keluarga bagi menolong anda meneliti kebenaran Alkitab dengan anak-anak anda, lantas membesarkan iman mereka.

Mulakan perjalanan anak-anak anda bersama dengan Yesus.

We know Superbook changes lives forever

Vidhi

Vidhi percaya bahawa jika dia berdoa kepada Yesus, Dia akan mendengar doanya dan menyembuh datuknya, seperti orang lumpuh di Superbook.

Jayde

Jayde yang berumur 8 tahun telah memulakan kelompok kecil Alkitab dan menggunakan Superbook untuk membawa kawan-kawan nya yang berlatar belakang agama Buddha, Islam dan Hindu kepada Yesus.

Rachel

Setelah menonton Superbook, Rachel memberi hatinya kepada Yesus, lalu dia mengongsikan ini kepada keluarganya, dan mereka juga menerima Yesus menjadi Juruselamat mereka.

Ini terpulang kepada kita!
Mari kita membawa Injil kepada kanak-kanak sedunia bersama.

* 1,211,799 adalah jumlah orang yang telah membuat doa keselamatan melalui penyampaian atas talian Superbook dari tahun 2009 sehingga Jun 2017.

** 187,000,000 dihitung oleh Brown and Fraser (2016). Untuk melengkapkan tinjauan 2016, pasukan yang diselia oleh Brown and Fraser telah menyiapkan 20,006 temu ramah di 37 kota atau kawasan di 11 buah negara. Hasil tersebut serta hasil tinjauan CBN yang sebelumnya kemudian digunakan untuk menganggarkan jumlah penonton serta hasil peprograman di setiap negara yang menerima program CBN.

Superbook Malaysia Facebook Messenger