Tonton Episod Superbook: Kesempatan Kedua

Episod hari ini adalah dari buku Kisah Para Rasul 9:1-19 dalam buku Alkitab

Super Kebenaran

“Tidak kira apa yang telah saya lakukan, Tuhan tetap boleh menyelamatkanku.”

Super Ayat

“Pernyataan ini benar dan harus diterima sepenuhnya: Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang yang berdosa – akulah orang yang paling berdosa.”

1 Timotius 1:15

Aktiviti: Mencari Petunjuk Perjalanan Saulus ke Damsyik

Penyediaan:
Sekantung beg plastik kecil berisi tanah atau debu yang diikat rapi
Batu
Sampul Surat, marker
Kacamata hitam
Penutup mata
Sarung tangan
Semangkuk air
Tag nama
Cara bermain:

Kumpulkan benda-benda. Anda boleh mengganti atau tidak memasukkan benda sesuai dengan apa yang ada. Pastikan penyampaian dan saiz kumpulan sesuai dengan jumlah anak yang ada; anak-anak juga dapat bermain secara individu. Tuliskan “Damsyik” pada sampul surat. Tempatkan benda-benda di sekitar bilik secara rambang, pada tempat yang boleh dilihat.

Ceritakan kejadian pertama di senarai, dan minta anak pertama (pasangan atau kelompok) untuk mencari benda yang mewakili kejadian tersebut. Minta persetujuan semua orang sama ada benda yang ditemukan itu betul atau tidak. Jika benda tersebut tidak betul, kembalikan barang itu ke tempat asal, dan benarkan anak-anak untuk mencari lagi. Berikan petunjuk jika diperlukan dan jangan lupa untuk membantu anak-anak yang mempunyai keperluan khas.

Berikut adalah senarai kejadian dari Kisah Para Rasul 9 dan benda yang mewakilinya:

Stefanus direjam batu (batu).
Surat izin kepada Saul untuk menganiaya pengikut Tuhan di Damsyik (sampul surat).
Perjalanan ke Damsyik (sekantung debu/tanah).
Yesus ditampakkan dalam kemuliaanNya (kacamata hitam).
Kebutaan Saul (penutup mata).
Ananias meletakkan tangan ke atas Saul (sarung tangan).
Baptisan Saul (semangkuk air).
Saul menjadi Paulus (tag nama).

Katakan:

Hari ini kita akan menjadi detektif! Kamu akan mencari benda-benda yang berkaitan dengan kejadian-kejadian yang terjadi semasa perjalanan Saul ke Damsyik. Bila kamu terjumpa satu benda, semua orang akan bersetuju atau tidak sama ada benda yang betul untuk kejadian tersebut. Jika itu benda yang betul, kamu akan dapat 10 mata. Jika itu benda yang salah, letak balik dan teruskan mencari benda yang betul. Jika sudah menemuinya, kamu akan mendapat 5 mata.

Selepas permainan, KATAKAN: Wah kamu detektif yang hebat kerana telah menyelesaikan petunjuk perjalanan Saul! Mari kita ulangi Super Ayat kita hari ini dari Timotius 1:15.

“Pernyataan ini benar dan harus diterima sepenuhnya: Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang yang berdosa – akulah orang yang paling berdosa.”

112_EoW_Footer_Saul copy

Perbincangan:

Pernahkan kamu diejek atau dimarahi kerana kamu percaya Yesus? Kalau pernah bagaimanakah perasan kamu dan apakah yang kamu lakukan selepas itu?
Yesus mengatakan kebaikan boleh datang daripada penganiayaan. Adakah kamu tahu apa itu? (Lukas 21:13-15)
Apakah pertolongan yang dijanjikan Yesus bila kita berkongsi kepada orang lain mengenai Dia? (Lukas 21:13-15)
Doa: “Allah Bapa, penuhilah aku dengan kuasaMu supaya aku boleh menjadi saksi bagi Engkau. Kuatkanlah umatmu yang dianiayai kerana iman mereka di dalam Engkau. Amen”