Malam Keluarga Superbook: Raja Pembasuh Kaki

Jesus_Supper+Verse_BM

Episod hari ini diambil daripada Injil Matius 21:1–17; 26:1–30; Yohanes 12:1–19; 13:1–17

SuperKebenaran

“Saya akan merendahkan hati dan menghormati orang lain.”

SuperAyat

Hafalkan ini dengan keluarga anda minggu ini!

Jika kamu melakukan sesuatu, janganlah kamu mencari kepentinganmu sendiri atau untuk kebanggaanmu sendiri. Sebaliknya, rendahkanlah dirimu dengan menganggap orang lain lebih penting daripada dirimu sendiri. Filipi 2:3

AKTIVITI: BASUH, BASUH, BASUH KAKI KAMU

Persediaan

Sebaldi air

Tuala

Kerusi

Cara Permainan:

Anak-anak dan ibu bapa akan duduk bergilir-gilir di atas kerusi manakala ahli keluarga yang lain akan membasuh kaki orang yang sedang duduk. Setelah selesai membasuh, lap kakinya dengan tuala.

Jelaskan bahawa aksi membasuh kaki satu sama lain adalah untuk memperingatkan diri sendiri untuk sentiasa rendahkan hati dan menganggap yang lain lebih penting daripada diri sendiri.

Katakan:

Yesus menjadi contoh bagi kita dengan merendahkan hati dan membasuh kaki pengikut-pengikutNya. Kita akan mengikuti contoh Yesus dan bergilir-gilir membasuh kaki satu sama lain.

Setiap orang akan duduk diatas kerusi dan kaki kita akan dibasuh manakala yang lain akan bergilir-gilir membasuh kaki orang yang sedang duduk diatas kerusi. Ingat bahawa ini adalah untuk memperingati diri untuk merendahkan hati. Kita juga ingin sentiasa anggap yang lain lebih penting daripada diri sendiri.

110_EoW_Footer_Jesus

Perbincangan

  1. Apakah yang Yesus mahukan pengikut-pengikutNya pelajari?
    (Yohanes 13:12-15)
  2. Adakah kamu ingat apa yang Yesus katakan kepada pengikut-pengikutNya apabila mereka sedang bertengkar tentang siapa yang paling hebat?
    (Markus 10:42-45)
  3. Apakah cara-cara kita boleh melayani orang lain tunjukkan kasih Tuhan?

Doa: Allah Bapa yang dikasihi, bantulah saya untuk merendahkan hati dan tidak angkuh. Saya ingin mengikuti contoh Engkau dengan melayani orang lain dan tunjukkan kasihMu kepada mereka. Amen.