Tonton Episod Superbook: Penyangkalan Petrus

Super_verse_template 202(BM)

Episod hari ini diambil daripada buku Matius 26:31-35, 56-74; Markus 14:27-31, 53-72; Lukas 22:24-34, 54-62; Yohanes 18:15-18, 25-27; 21:1-19

SuperKebenaran

“Tuhan Yesus mengetahui kelemahan saya.”

SuperAyat

Hafalkan ini bersama dengan keluarga anda minggu ini!

“Imam Agung kita ini bukanlah imam yang tidak dapat bersimpati terhadap segala kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai Imam Agung yang pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa!”

Ibrani 4:15 (BM)

AKTIVITI: PERMAINAN KEKUATAN

Persediaan:

Alkitab atau Aplikasi Alkitab Superbook

Cawan pakai buang – 10 biji cawan

3 helai kertas – Stoking yang telah digulung boleh juga digunakan jika menggunakan cawan yang besar

Pita pelekat kertas – Digunakan sebagai petanda untuk membaling (jarak boleh diubah suai mengikut kesesuaian supaya kanak-kanak dapat membaling dengan berjaya)

Bina piramid di atas sebuah meja dengan menggunakan 10 biji cawan (Empat biji cawan dibawah, diikuti dengan tiga biji, kemudian dua biji dan satu biji di atas sekali) – untuk menunjukkan kepada kanak-kanak apa yang perlu dibina.

Cara bermain:

Apabila Yesus ditangkap, Petrus menjadi takut akan keselamatan dirinya sehingga dia menyangkal Yesus. Tetapi itu bukanlah penghujung cerita Petrus, begitu juga dengan kita! Yesus akan memulihkan kita. Di sepanjang percubaan kita, Tuhan akan menggunakannya untuk menolong kita bertumbuh dan menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Inilah apa yang kita akan pelajari daripada permainan kita pada hari ini; iaitu untuk bertumbuh dan menjadi lebih kuat dari sebelum ini.

Untuk memulakan permainan ini, agihkan 10 biji cawan kepada kanak-kanak dan 3 helai kertas untuk diremuk sehingga menjadi seperti bentuk bola atau berikan 3 biji stoking yang telah digulung. Seterusnya, tunjukkan kepada mereka piramid yang telah anda bina menggunakan cawan. Arahkan kepada mereka untuk membina piramid menggunakan sepuluh cawan yang telah diberi.

Lekatkan pita pelekat diatas lantai untuk dijadikan petanda dan arahkan kanak-kanak untuk meletakkan cawan dalam keadaan terbalik di atas lantai dalam jarak 8 kaki dari petanda. Jarak boleh diubah suai mengikut kehendak anda. Pastikan kanak-kanak sentiasa berada di belakang petanda apabila membaling. Mainan ini ada 10 pusingan. Kanak-kanak perlu menambah cawan satu per satu dalam setiap pusingan sehingga 10 cawan dimainkan dalam pusingan yang kesepuluh.

Bagi setiap pusingan, kanak-kanak hanya dapat membaling tiga kali untuk cuba menumbangkan cawan-cawan tersebut. Apabila semua cawan telah tumbang dalam pusingan tersebut, kanak-kanak perlu meletakkan cawan-cawan kembali ke tempat yang asal dengan secepat yang mungkin dan menambahkan cawan kepada struktur tersebut.

Ini menunjukkan bagaimana kita akan bertumbuh, menjadi lebih matang dan lebih baik daripada sebelumnya apabila kita tumbang atau gagal dalam kehidupan. Teruskan permainan ini sehingga piramid cawan dibina. Ucapkan tahniah kepada kanak-kanak yang berjaya menghabiskan sepuluh pusingan!

Katakan:

Mainan tadi sangat menarik, kan? Setiap kali cawan itu ditumbangkan, ia akan dibina semula atau dipulihkan dan menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Yesus selalu mengampuni dan akan memulihkan kita seperti Petrus. Tuhan ingin kita bertumbuh daripada kegagalan kita supaya kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mari kita serukan Super Kebenaran kita hari ini!

Character_211

Soalan Perbincangan:

  1. Apakah contoh yang boleh kita ikuti dari Petrus apabila kita menghadapi kesusahan? (Memanggil Yesus, berdoa dan meminta pertolongan, memandang kepada Yesus)
  2. Adakah anda pernah disangkal oleh rakan karib anda sendiri? Apakah respon atau reaksi anda terhadap situasi tersebut? (Baca 1 Petrus 3:8-9)
  3. Ia adalah lebih mudah untuk kita mengatakan sesuatu tanpa berfikir panjang apabila kita berasa teruja atau marah. Apakah yang perlu kita lakukan sebelum mengatakan atau melakukan sesuatu yang kita tidak sepatutnya lakukan? Apakah yang Tuhan ingin kita lakukan? (Baca Yakobus 1:19b) Percayalah kepada Tuhan, Dia akan menolong kita.

Doa: Tuhan Yesus, terima kasih kerana selalu mendengar doa kami. Kami memuji Engkau atas kasihMu yang tidak berkesudahan kepada kami. Penuhi kami dengan kuasa dan kekuatan di saat kami lemah. Di dalam nama Yesus, kami berdoa, Amen.

Superbook Malaysia Facebook Messenger