Malam Keluarga Superbook – Kasih Terbesar

Episod hari ini diambil daripada Injil Matius 26: 36 - 28: 10; Markus 14: 32 - 16: 10; Lukas 22: 29 - 24: 12; Yohanes 17:1-20: 18.

SuperKebenaran

“Saya akan menyambut kebangkitan Yesus, dan mengongsikan Berita Baik kepada orang lain.”

SuperAyat

Hafalkan ini bersama dengan keluarga anda minggu ini!

Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya, di mana aku menjadi serupa dengan Dia dalam kematian-Nya! –  Filipi 3: 10 

AKTIVITI: DI DALAM KUBUR ATAU DI LUAR KUBUR

Persediaan:

Tali atau pita pelekat.

Cara Permainan:

Baca Yohanes 20: 1-10 yang berkenaan dengan apa yang terjadi di kubur Yesus apabila Petrus dan Yohanes terdengar berita kebangkitan Yesus. Ini akan membolehkan anak-anak lebih memahami permainan ini.

Buat garis yang panjang menggunakan tali atau pita pelekat. Minta anak-anak untuk membuat barisan satu baris ke belakang, menghadap ke arah anda. Beri jarak yang cukup antara setiap anak. Beritahu anak-anak sebelah kanan garisan adalah “Di Dalam Kubur”, dan sebelah kiri garisan adalah “Di Luar Kubur”.

Anda akan memberikan arahan dan mengakhiri arahan tersebut dengan “Di Dalam Kubur” atau “Di Luar Kubur”. Setelah mendengar arahan itu, anak-anak akan melakukan arahan dengan melompat dari satu sisi ke sisi yang lain. Jika anak-anak tidak melompat atau melompat pada sisi yang salah, mereka harus duduk di luar arena bermain selama dua arahan, dan setelah itu mereka dapat kembali lagi. Beri arahan yang lain ketika anak-anak kembali pada permainan.

Gunakan arahan di bawah, atau anda boleh membuat arahan sendiri:

Tepuk tangan secepat mungkin – Di dalam kubur.
Tepuk tangan secepat mungkin – Di dalam kubur. (Ini adalah perintah yang sama untuk mengelirukan mereka!)
Duduk di lantai – Di luar kubur.
Berdiri – Di luar kubur.
Melompat tiga kali – Di dalam kubur.
Lompat jongkok sebanyak lima kali – Di dalam kubur.
Teriakkan “Yesus sudah bangkit!” – Di luar kubur.
Lompat dengan satu kaki – Di dalam kubur.
Lambaikan tangan – Di luar kubur.
Sentuh telapak kaki – Di luar kubur.
Bersenandung – Di dalam kubur.
Tepuk punggung kamu dengan dua tangan – Di luar kubur.
Teriakkan “Rayakan Kebangkitan-Nya!” – Di dalam kubur.
Berputar dua kali – Di luar kubur.
Teriakkan “Aku akan kongsikan Berita Baik kepada kawanku!” – Di dalam kubur.
Berjalan di tempat untuk Kongsikan Berita Baik – Di luar kubur.

Pilihan Permainan: Bermain untuk berseronok sahaja – tidak ada anak yang dikeluarkan jika kesalahan.

Katakan: Baca Yohanes 20:1-10

Berdiri dalam satu barisan. Sebelah kanan garisan adalah “Di Dalam Kubur” dan sebelah kiri garisan adalah “Di Luar Kubur”. Dengar arahan yang akan saya beri dengan baik-baik. Jika kamu tidak lompat atau lompat ke sebelah yang salah, kamu tidak boleh main untuk 2 arahan, dan selepas itu kamu boleh kembali.

111_EoW_Footer_Jesus

Perbincangan:

  1. Apakah cara yang kita boleh tunjuk kepada orang bahawa kita adalah pengikut Yesus? (Efesus 5:1-2)
  2. Siapakah yang kamu tahu perlu mengenal Yesus?
  3. Apakah yang kamu boleh katakan kepada mereka? (Yohanes 3:16 dan Roma 10:9)

BERDOA: Tuhan Yesus, bantulah saya untuk mengikuti contoh Engkau, dan menunjukkan kasihMu kepada orang lain, serta berkongsi dengan orang lain mengenai Engkau. Amen.

Superbook Malaysia Facebook Messenger