Tonton Episod Superbook: Merobohkan Tembok Yerikho

Joshua+verse

Episod hari ini diambil dari buku Yosua 1-6 dalam Alkitab

Super Kebenaran

“Bersama Kristus saya dapat mengharungi semua halangan.”

Super Ayat

Hafalkan ini bersama dengan keluarga anda minggu ini!

“Kerana beriman, orang Israel menyebabkan tembok-tembok Yerikho roboh setelah mereka mengelilingnya selama tujuh hari.”

Ibrani 11:30 (BM)

AKTIVITI - PERMAINAN BERKAWAD

Cara Bermain:

Penyediaan:

Alkitab atau Aplikasi Alkitab Superbook

Kerusi (Kamu perlu membuat satu bulatan besar dengan menggunakan kerusi yang menghadap keluar dan pastikan bilangan kerusi adalah kurang satu daripada bilangan kanak-kanak) – lihat ilustrasi

 

Cara Bermain:

Kita akan bermain salah satu versi kerusi musikal dimana kerusi tersebut akan mewakili tembok Yerikho. Tetapi? Biasanya kita berjalan, tetapi kali ini kita akan berkawad!

Tolong buat satu bulatan besar di keliling kerusi. Terima kasih kerana mematuhi arahan. Jadi apabila kamu berkawad mengeliling kerusi, saya ingin kamu menjadi sangat senyap seperti askar Yosua dan kamu tidak dibenarkan untuk bercakap.

Apabila saya berkata, “Berkawad Mengelilingi Yerikho!”, kamu semua mesti berkawad secara serentak mengelilingi kerusi tersebut. Saya akan sebutkan nombor satu hingga tujuh secara rawak.

Tetapi apabila saya menyebut nombor ‘7’, kamu perlu melaungkan Super Kebenaran pada hari ini dan cuba duduk di atas salah sebuah kerusi tersebut. Kanak-kanak yang tidak sempat untuk duduk di atas sebuah kerusi akan disingkirkan daripada permainan dan satu kerusi akan dikeluarkan supaya bilangan kerusi akan sentiasa kurang satu daripada bilangan kanak-kanak.

Kawad akan diteruskan apabila kamu berkata, “Berkawad Mengelilingi Yerikho!”dan mula sebutkan nombor sekali lagi. Jadikan permainan ini lebih menarik dengan menggunakan nada atau masa yang berlainan untuk melaungkan nombor-nombor tersebut.

Sama ada kamu menyebutnya dengan perlahan, lajukan dan mengulangi nombor atau terus menyebut nombor ‘7’ setelah mereka mula berkawad. Ulangi permainan ini sehingga hanya satu kanak-kanak yang tinggal iaitu pemenang permainan ini.

Katakan:

Tembok Yerikho adalah sangat tinggi dan tebal tetapi bersama Tuhan kita dapat mengharungi semua halangan. Tiada yang dapat melawan Tuhan! Laungkan Super Kebenaran bersama sebagai satu keluarga and angkatkan tangan sebagai tanda kemenangan! “Bersama Kristus saya dapat mengharungi semua halangan”.

RahabMuses_Cutout

Perbincangan:

  1. Tembok Yerikho sangat tinggi dan tebal. Siapakah yang menolong orang Israel menang pertempuran itu? (Baca Mazmur 44:3)
  2. Pernahkah kamu menghadapi cabaran yang menghalang kamu daripada mencapai sebuah matlamat? (Kita semua pernah melalui situasi seperti itu tetapi kita dapat mengharungi apa-apapun apabila kita ada iman dalam Kristus. Baca Ibrani 11:30)
  3. Pernahkah kamu salah faham terhadap kawan kamu? Bagaimanakah kamu menangani keadaan tersebut? (Baca Kolose 3:12-14)

Doa: Tuhan Yang Maha Kuasa, terima kasih kerana Engkau memberikan kemenangan apabila kami mempunyai iman di dalam-Mu. Berbicaralah kepadaku, tunjukkanlah rancanganMu dan pimpinlahku berjalan di dalam kebenaranMu.

Superbook Malaysia Facebook Messenger