Malam Keluarga Superbook – Natal yang Pertama

MaryVerse_English-768x768

Episod hari ini diambil dari Matius 1:18–2:12, Lukas 2:1–20.

SuperKebenaran

“Saya ingin Yesus menjadi Tuhan hidup aku”

SuperAyat

Hafalkan ini bersama dengan keluarga anda minggu ini!

Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita,

seorang putera telah dikurniakan bagi kita.

Di atas bahunya tampuk pemerintahan,

dan namanya akan disebut:

Penasihat Ajaib, Allah Perkasa,

Bapa Kekal, Raja Damai. Yesaya 9:6

AKTIVITI: AMBIL LAH HADIAH INI

SEDIAKAN:

  1. Alkitab atau App Alkitab Superbook
  2. Gula-gula / biskut
  3. Kotak kecil
  4. Pembalut hadiah
  5. Pita pelekat

*Hadiah nya terpulang kepada anda: contoh gula-gula atau biskut

MAIN:

(Untuk menerima Yesus, kita mesti mengambil satu langkah iman dan mengatakan bahawa kita percaya padaNya. Pakai tunjuk cara ini untuk menunjukkan bagaimana kita tidak dapat menerima keselamatan sehingga kita mengambil langkah iman ini.)

Pilih seorang anak untuk menjadi “pengambil hadiah” yang pertama. Suruhlah anak tersebut untuk berdiri dengan belakang dan tumitnya berlawan dengan dinding. Letakkan hadiah kecil tersebut lebih kurang 12 inci di depan anak itu. Suruh anak untuk membongkok dan mengambil hadiah itu tanpa menggerakkan kakinya! (Ia mustahil.)

Seterusnya, berilah semua orang peluang untuk mengambil hadiah tersebut. Jelaskan bahawa Hadiah keselamatan dari Allah melalui Yesus ada di sana untuk kita; kita hanya perlu mengambil langkah iman untuk menerimanya. Sekarang, suruhlah anak untuk menggerakkan kaki mereka untuk mengambil hadiah tersebut.

KATAKAN: Berdiri dengan belakang dan tumit kamu di dinding. Cuba membongkok dan mengutip hadiah ini tanpa menggerakkan kaki kamu!

Mustahil kan? Ingat, hadiah keselamatan Allah melalui Yesus ada di sana untuk kita. Untuk menerima Yesus, kita hanya perlu mengambil langkah iman dan mengatakan bahawa kita percaya padaNya.

Sekarang kamu boleh menggerakkan kaki kamu. Ambil lah hadiah itu!

108_EoW_Footer_JosephMary

Perbincangan:

  1. Apakah yang telah dilakukan oleh Allah untuk menyediakan kelahiran Yesus? (Lukas 2:1, Lukas 1:35, Matius 1:19–20, Lukas 2:8–14 )
  2. Bila malaikat Allah memberitahu Maria bahawa dia akan mempunyai seorang anak yang akan dipanggil Anak Allah, apakah respon nya?
  3. Bagaimanakah keluarga kita menyambut Krismas setiap tahun? Apakah yang boleh kamu lakukan untuk menyediakan diri sendiri untuk menyambut kedatangan Yesus?

BERDOA: Allah Bapa, terima kasih kerana mengasihi aku sehingga membuka jalan bagi aku menjadi anak Mu melalui Yesus Kristus. Amen.

Superbook Malaysia Facebook Messenger