Ogos 2018
Ogos 22, Superbook Malaysia julung kali membuat lawatan ke Kuching, Sarawak atas undangan dari National Economic Empowerment Conference (NEEC) yang di adakan di Gereja Good News Fellowship, Green Height dan juga dari gereja St. Faith’s Kuching untuk Diocesan Children Ministry Conference. Kedua-dua undangan ini memberi peluang kepada Superbook Malaysia untuk memperkenalkan Superbook dan Superbook Academy; korikulum sekolah minggu yang berdasarkan animasi Superbook kepada perserta konferensi. Superbook Malaysia telah membuka booth pameran di NEEC yang berlangsung selama 4 hari, bermula pada Ogos 22 sehingga 25 Ogos 25. Serta, Diocesan Children Ministry Conference yang berlangsung selama 2 hari, bermula pada Ogos 25 sehingga Ogos 26. Sambutan di NEEC dan Diocesan Children Ministry Conference adalah sangat baik, hampir semua peserta yang mengambil bahagian di dalam konfrensi tersebut datang dari seluruh pelusuk Sarawak. Tidak ketinggalan juga dari Sabah, Semenanjung dan Brunei.
Hari kedua NEEC, Ogos 23, Superbook Malaysia diberi peluang untuk menyampaikan pembentangan mengenai Superbook dan Superbook Academy; dibentangkan secara bertenaga dan dinamik oleh Mark McClendon, Regional Director, CBN SEAsia/ South Korea. Pembentangan yang memberi kesedaran bahawa ibubapa dan gereja sedang dalam “Peperangan Maya”; dilemma untuk memuridkan anak-anak generasi sekarang dalam zaman teknologi dan maklumat yang sukar untuk dikawal akses daripada anak-anak. Pembentangan ini menyeru untuk ibubapa dan gereja untuk bangkit dan melihat kepentingan untuk memuridkan generasi baru yang tinggi literasi dalam media.