Cara Menyertai:

Cabaran Paskah 2021 - #INICERITASAYA

Kita akan menyambut Hari Paskah tidak lama lagi! Jadi sempena Hari Paskah tahun ini, Superbook Malaysia mahu bagi cabaran untuk kamu selama 3 minggu berturut-turut. Cabarannya adalah #INICERITASAYA!

Cara:

  1. Mengikuti Ibadah Sekolah Minggu dari 21 Mac – 4 April

  2. Untuk setiap ibadah selama 3 minggu ini, Kakak Ann dan Kakak Salis akan memberikan soalan kepada kamu.

  3. Untuk menjawab soalan tersebut, adik-adik harus merakam video jawapan kamu. Boleh meminta pertolongan dari orang yang lebih dewasa untuk mengambil video adik-adik

  4. Hantarkan video adik-adik di nombor WhatsApp Superbook Malaysia: 011-6541 0951 dan sertakan nama kamu dan nama gereja kamu.

  5. Menghantar video untuk 3 minggu berturut-turut mengikut soalan yang sudah diberikan semasa Ibadah Sekolah Minggu dari 21 Mac sehingga 4 April.

  6. Tarikh tutup penghantaran untuk setiap video:

    – Raja Pembasuh Kaki: 27 Mac 2021

    – Sangkalan Petrus: 3 April 2021

    – Kasih Terbesar: 10 April 2021

  7. Video berdurasi tidak lebih dari 3 minit

  8. Hantarkan video anda di nombor WhatsApp Superbook Malaysia sebelum tarikh tutup yang sudah dinyatakan

5 Pemenang bertuah akan mendapat T-shirt dari Superbook dan pemenang akan diumumkan pada 18 April 2021! Jangan lepaskan peluang ini! Kami mahu mendengar cerita dari adik-adik!

Superbook Malaysia Facebook Messenger